Teman Seperjuangan

Saturday, November 3, 2012

SAYA PON SAMA.. :)

Assalamualaikum..
hee..kali ni sy lak nak cite...
hamboi...! byk pic kan...untung la..




:: Ni pic yg ade k..jubah kite xsama..haha..!



:: same kaler kan ngn fon..


hee..ckop la stkat ni...congrate too u sbb da grade.. :)

Saturday, October 13, 2012

Aku Sudah Bergraduat...

Assalamualaikum..
Harini aku pulak yang menulis..kesian Cik Sayang aku,aku asek dera dia suruh post jer..kali ni aku pulak..



Aku nak bercerita tentangKonvokesyen Ke 3 UPNM..aku sudah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah 4 tahun berhempas pulas..meh tengok kad jemputan yang family aku terima sempena konvokesyen aku tahun ini..hehehe



sebelum isitiadat konvokesyen berlangsung, ada 1 acara penting jugak pada sidang pertama iaitu Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor,bukan calang-calang ok.. Yang Dipertuan Agong smerupakan Canselor UPNM...ini juga antara kelebihan UPNM berbanding dengan universiti-universiti lain..

Istiadat Konvokesyen UPNM terbahagi kepada 2 sidang, sidang 1 pada 11 hb dan sidang kedua pada esoknya..aku pada sidang 1..so,aku taknak sembang panjang2,korang tengok-tengoklah wajah-wajah keceriaan kawan-kawan aku pada sidang 1 ni..

rakan-rakan seperjuangan

belakang aku tu Hanan, mangsa pembulian aku and rakan-rakan TSI

rakan seperjuangan Ijazah Sains Komputer
Pada pagi tu,mak dan ayah aku dah sampai awal kat Dewan Tun Templer,aku yang masih bersiap tergesa-gesa nak pi berjumpa dengan depa..depa boleh sampai tak habaq mai kat aku dulu..hahaha..

Apapun aku sempat bergambar dengan mereka..memang sepadan sungguh mereka, berpakaian sedondon warna ungu..terasa sebak jugak sebab banyak yang mereka sudah habiskan semata-mata nak melihat anak mereka ini naik ke atas pentas menerima ijazah..huhuhu...

aku diapit bersama kedua ibu bapa yang tersayang


aku bersama ibu tercinta
Acara bermula pada pukul 9 pagi dengan istiadat pemasyhuran Tuanku Canselor, namun begitu, Tuanku Yang Di-Pertuan Agong tidak bersama kami sepanjang istiadat konvokesyen sebab Baginda mempunyai urusan lain. Tugas beliau dipangku oleh Pro-Canselor iaitu YTM Tunku Panglima Besar Kedah
Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, anakanda kepada Yang Di-Pertuan Agong..satu kebanggan jugak wehhhh...


Tuanku Canselor, Yang Di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu‘tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu‘adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tunku Pro-Canselor ,YTM Tunku Panglima Besar Kedah
Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
istiadat Konvokesyen bermula lebih kurang pukul 11 pagi..memang time tu rase berdebar dah ada..bila  sampai pada Fakulti Sains dan Teknologi untuk mengambil skrol..Ammar dgn Sacol blh buat lawak pulak..boleh pulak diorang tertinggal barcode kat kerusi..susunan terus berubah,aku yang sepatutnya orang yang kelima ambil terus dianjak ke orang ketiga..apabila nama aku diumumkan,terasa kembang dadaku and terasa bertuah sebab aku berjaya menghabiskan pengajian aku kat sini, lebih membanggakan lagi apabila Tunku Pro-Canselor mengucapkan tahniah kepada aku dan semua rakan-rakan..terasa kelu dan gamam mendapat penghargaan sebegini..

Upacara berakhir lebih kurang pukul 1 ptg..sebelum aku keluar meninggalkan dewan,aku terjumpa 1 tokoh yang sangat aku hormati dan kagumi...walaupun aku tahu beliau bersama-sama kami pada majlis ini,tapi terjumap dengan beliau live memang aku x jangkakan langsung..so,aku pun tangkap la gambar beliau..tp dengan izin Allah, ada seorang lelaki dengan bermurah hati ambil kamera aku dan menyuruh aku bergambar bersama-sama..so,dengan tidak berlengah,aku berjumpa dengan beliau dan mempelawa bergambar bersama,beliau dengan senang hati bersetuju dan kerap memberikan ucapan tahniah dan kata-kata perangsang..beliau yang dimaksudkan ialah Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada mantan PM, Tun Dr Mahathir

pengalaman berharga sempena konvokesyen,terima kasih Tun!!
inilah hadiah yang dapat aku berika kepada kedua ibubapaku yang telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik aku dan adik-adik aku..aku juga berharap kejayaan aku menjadi pendorong kepada adik-adikku supaya lebih berjaya dari aku sekarang.. kepada guru-guru SK Raja Di-Hilir Ekram, SMK Kg Pasir Puteh..terima kasih sebab telah mencurahkan ilmu kepada aku..terima kasih skerana pernah memarahi,memukul aku..kerana dengan inilah aku berjaya sampai sekarang..kepada pensyarah UPNM,terima kasih juga aku ucapkan..rakan-rakan yang banyak membantu,jasa kalian aku akan kenang sampai bila-bila..terima kasih semua...

setelah selesai istiadat konvokesyen

aku bersama keluarga
senyumanmu membahagiakan ku, terima kasih ayah


Aku berharap aku mampu untuk membahagiakan ibu bapaku..kepada ibu, terima kasih,ayah, terima kasih yang mampu aku berikan..

P/s: tak lupa kepada Cik Sayang, terima kasih sebab banyak membantu dan menyokong..harap kejayaan ini boleh membanggakan awak...
ni semasa raptai full konvo



Sunday, October 7, 2012

Assalamualaikum...
hehe...sowi..tersgt la lambt....hoho...lme xtulis kat cni..
okeii.... :D
tahniah..! next week awk da konvo...
n jgn lupa pic k..
haha.. arini sy p kuantan...so.. niyh je sy ade dok awk... :)


                   

Monday, August 6, 2012

pic niyh..

Assalamualaikum..
hee...
nak post 1 pic yg awk mnx ari 2...
da lame..tp bwu skng nak post.. :)




Saturday, August 4, 2012

Peristiwa Julai


Assalamualaikum…
Lama sudah aku tak menulis pape dekat sini..
Sampaikan aku pakse cik Sayang suruh menulis 1 post kat sini…
Hahaha,teruk gila perangai

Sebenarnya, aku patut tulis post ni bulan lepas iaitu bulan 7,tapi baru sekarang nak tulis..
Minta maaf sangat2, masa sangat mencemburui aku,hahaha…
Sempena bulan 7 yang telah berlalu, ada 2 perkara penting yang telah terjadi pada aku…

1.)    Perjalanan hidup baru sebagai pelajar tahun akhir

Pada 12 hb lalu, aku dah melalui fasa terbaru dalam hidup aku, sebelum ini aku hanya kenal dunia di dalam UPNM dan Kuala Lumpur, namun pada tarikh ini, aku mengenal dunia ketenteraan yang lebih mendalam, dan untuk tujuan itu,aku dan rakan2 dihantar ke 1 tempat yang jauh dari Kuala Lumpur iaitu Kepala Batas,Kedah. Disana aku telah dihantar ke Kolej Tentera Udara (KTU). Disini, imej UPNM yang aku pegang dari awal, di ubah dan ditambah baikkan untuk menjadi yang lebih terbaik

2.)    Happy Anniversary To Cik Sayang and Us!

Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Cik Sayang,
Allah Selamatkan Kamu…

Yup, selamat hari lahir Cik Haslinda, sudah 21 umur awak..da bertambah lagi 1 angka dalam hidup sayang..tanggungjawab bertambah, kematangan bertambah..dan semua sekali lah bertambah,hahaha…semoga sayang sentiasa sihat,bahagia, dan minta maaf sebab tak wish awal2..bila tgk henset sebelum tidur, baru terperasan tarikh 18 hb..birthday sayang,terus cepat2 taip mesej,tapi tak sempat nak taip,sayang dah call dulu..hahaha,patut abang yang call dulu

Tarikh ini juga menandakan dah genap 2 tahun kita berkenalan and bercinta.. memang tak dapat dinafikan, banyak sangat dugaan dan cubaan yang melanda sepanjang 2 tahun ini..tapi kiat dapat melalui semua dugaan ini..betul kan?

Abang harapkan hubungan ini akan berkekalan bukan setakat ini sahaja..abang harapkan sayang pun begitu juga..hahaha..

Maybe cukup untuk kali ni kot aku menulis..aku pun dah takde idea nak cerita lagi..owh yaa..selamat berpuasa untuk semua, n selamat hari raya Aidilfitri yang tak lama lagi menjelma, kalau ada lemang dan rending lebih2 tu, boleh la delivery kat Kepala Batas ni ek,hahaha

Last pic sebelum aku p Kepala Batas


Assalamualaikum..:-)

p/s: Cik Sayang, saya nak rendang ayam,tolong buatkan ek,hahaha..nak air tangan u ok,taknak tunjuk2..

Thursday, August 2, 2012

Assalamualaikum..heee..ingtkan adew post bwu..rpenye xdew pown..
xpew lahhh..mlas nak tulis byk2 bole..?? huhuh..lalala..
hee..sy da abes blaja...da xbergelar student ag.. :)
sy ingt la sy yg akan grad dulu..rupenye awk..~
xpew la..yg penting grad bulan yg sama.. :) 



Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum...hee..tggu mase yg lme nak blas niyh.. sy da ckap nak balas mlm niyh..so,sy balas...


urm..blank jap ase.. hee..bile nak berdate niyh erk..?? bile pk balek cm da xdew mase jew da... blan depan sy da abes blaja...awak plak akn pegi sane.. urm.. cmne 2 erk..?? 

Friday, June 15, 2012

Sehelai Surat Cinta II

Assalamualaikum,
Kehadapan awak yang saya sayangi,


Terima kasih kerana awak sudi menulis kembali nota kecil kepada saya..
Saya amat menghargai nota ringkas awak itu..
Setiap masa saya tatap,renung dan baca nota itu.
Dan selalunya saya akan tersenyum sendiri apabila membaca nota yang awak bagi sehinggakan rakan-rakan saya bertanya kenapa saya asyik tersenyum sendiri.


Awak, terima kasih sebab memberi sahutan kepada hasrat saya. Sungguh,saya sangat terharu dan tergamam sebab awak menyimpan perasaan yang sama seperti saya. maknanya saya tak bertepuk sebelah tangan selama ini..


Awak, memang kita akan berjauhan nanti, tapi saya harap agar kita tak berjauhan hati nanti. Biar kita berjauhan tempat, tapi hati kita sentiasa dekat bersama


Saya sudah kehabisan idea untuk bercakap lagi,sebab seperti biasa apabila bercakap, berbual dengan awak, mesti terasa kelu, gamam walaupun sebenarnya banyak yang ingin dizahirkan dari hati saya ini. Apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada awak sebab sudi meneriam saya walaupun saya ini banyak kekurangan.

Sebelum mengakhirkan kata, saya teringat rangkap lirik lagu 'Meniti Suratan' dari kumpulan May. Carilah lagu ini dan dengar lah.

"Inginku bawamu
Bersama hasratku
Meniti suratan
Agar kenal kebahagiaan

Takdir kita kasih

Tuhan menentukan
Serah keimanan
Pasti sinar kebahagiaan"


 Sekian, saya berharap agar kita dapat berjumpa sebelum saya pergi jauh buat seketika. Dan saya berharap agar awak sentiasa sihat sentiasa dan sentiasa gembira. Saya akan selalu mendoakan awak.. Akhir kata, saya sentiasa menyayangi awak.

Seperti biasa, sekuntum bunga ros untuk awak, harap awak menyukai ros warna putih ini.. :-)
 

Assalamualaikum.

Wednesday, June 13, 2012

hati ke hati

Assalamualaikum...urmm..terharu sgt bace 'surat' towhh...pape pon thanks sgt2 sbb meletakkn sy cm 2 skali lam ati awak..satu jew nak ckap..awk segalanya bg sy... :) thanks sbb hadir lam hdup sy..strting dari kawan cmpai la skng...nak dekat 2 taun da...mula2 sy msok blaja smpai da nak abes da bulan depan..terasa jew cm bwu knl... hee..pape pon pasni awk kne jge diri elok2,kite jauh da..hee..miss u so much..!! salam... (^_~)v



 

Sehelai Surat Cinta

Assalamualaikum..
Kehadapan awak yang sangat saya sayangi dan cintai,


Tujuan saya menulis surat ini adalah bertujuan untuk menyatakan dan meluahkan perasaan saya kepada awak. Sesungguhnya saya mahu menyatakan perasaan saya kepada awak melalui cara berhadapan, tapi apabila saya berhadapan dengan awak, lidah saya terkelu, kaku dan gamam. Dan selalunya apabila berhadapan dengan awak, hati saya berdebar-debar dan pada akhirnya, apa yang ingin saya sampaikan hanya mampu terluah di dalam hati..
Saya tidak pandai untuk menjadi romantik, seperti mana pasangan-pasangan lain kat luar sana. Saya juga tidak pandai untuk mengarang syair-syair indah yang boleh didendangkan bila awak bersedih. Saya cuma saya. Seorang yang biasa, yang tiada kelebihan, tapi saya boleh jamin kepada awak, saya akan menjaga awak seperti seorang wanita yang mendapat tempat sebagai seorang ratu di singgahsananya. Minta maaf, mungkin kenyataan sangat berbeza dari khayalan, tapi saya akan berusaha untuk membahagiakan awak, walaupun saya tidak pasti perasaan saya ini akan berbalas ataupun tidak.
Saya sudah tidak tahu apa lagi yang ingin saya ucapkan kepada awak. Saya berharap agar awak sudi menerima saya sebagai pasangan awak. Sekiranya permintaan saya ditolak, tidak mengapa, saya akan berdoa agar awak berjaya menemui lelaki yang terbaik kepada awak. Dan saya ingin meminta maaf sekiranya surat ini menggangu perasaan awak. 
Akhir sekali, saya ingin sekali mengatakan kepada awak yang saya sebenarnya amat menyayangi dan mencintai awak.

p/s: Sekiranya saya tidak bertepuk sebelah tangan, maka sudi-sudikan lah awak membalas surat ini, walaupun dengan hanya cebisan kertas :-)

Sekuntum bunga ros untuk awak tanda sayang saya kepada awak. Harap awak sudi menerimanya
 Assalamualaikum...


Okay,cukup untuk setakat ini,amacam? hebat ke tak?
hahaha..cubaan pertama di kala Final Exam..

Wednesday, May 2, 2012

PSM,last sprint to the end

Assalamualaikum..

sudah lama aku tak menjengah kat sisni..memang berhabuk tahap tak ingat la..
sekarang aku sedang lagi menjalankan projek sarjana muda aku...

setakat ini,alhamdulillah,on progress..and nampak projek berjalan walaupun agak slow..tapi ok la..takde la nak tersangkut kat mana-mana

Presentation pertama aku,takde la teruk sangat kena bambu and banned macam present tajk sebelum ni..and memang aku akui,memang sangat cuak,gementar,yelaa..member aku yang present sebelum aku kena smash n banned tahap tak ingat..

aku rase cukuplah dulu kot..oh yaa,nanti aku akan cuba untuk upload new2 picture,sebab byk event yang dah berlaku kt sini..

sekian,terima kasih
Assalamualaikum..

budak2 kelas aku..thanks korang semua

Friday, March 2, 2012

PSM Mood...

salam...
hapdet kali ni nk mengisahkan tentang fasa terakhir sebagai seorang student
hahaha...
setelah hampir 4 tahun menghabiskan umur blaja kt sini..
da tiba masanya untuk diuji pulak ilmu yang diperolehi dengan PSM
PSM maknanya Projek Sarjana Muda.

Mulanya Sem 6,aku n kawan-kawan yang amik Sains Komputer da dilambakkan dengan tajuk-tajuk yang perlu diproposekan untuk dijadikan projek.

tajuk PSM aku pada awalnya diletakkan pada status lulus bersyarat..so maknanya kena la edit mane2 yang dah ditegur..seriusly,time present tajuk..teruk gak la kena bambu...kesian kat Penyelia PSM aku..x boleh nk defend aku..sedihh

so,sekarang..aku nga bertungkus lumus nak siapkan chapter 1 dan 2 PSM..nampak cm singkat jer kan?aku pun pada awalnya pikir camtu gak...tapi bila da start menghadap..aduhh..menitik air peluh nk siapkan..
Alhamdulillah..setakat ni aku da berjaya setelkan Chapter 1..so boleh la proceed ke next chapter..

lepas ni..kena la hantar dulu draf chapter 1 kt penyelia..harap2, x kene kondem kaw2 lagi la...

arghhhh...terasa kementalan nk siapkan PSM sebenarnya...sistem pn masih belum mual nk bangunkan lg...