Teman Seperjuangan

Tuesday, November 17, 2015

New Post after a Long Sleep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Setelah sekian lama terabai blog ni, malam ni akhirnya tangan ni tergatal nak menaip..hahaha, memang lama sangat aku tinggalkan blogging setelah aku datang ke Kuantan.

Kehidupan Kini

Aku masih lagi menetap di Kuantan, meneruskan tugas di sini setelah menamatkan kursus aku disini. Hampir 2 tahun aku bekerja disini. Memang banyak pengalaman dan cabaran aku hadapi selama aku di sini.


Bersama kawan-kawan semasa kursus di Kuantan
Glamour Night
Keluarga Besar WMKD-ian


Sepanjang berkhidmat di sini pelbagai pengalaman di dalam perkhidmatan aku pelajari. Ada juga kursus-kursus aku hadiri. Sepanjang itulah, pelbagai jenis ragam dan kelakuan manusia aku pelajari dan kenali.


Junior Officer Course di Pulau Pinang. Nice experience and new friends.


Sememangnya perkara menarik aku pelajari selepas berjaya menamatkan pengajian di UPNM dahulu. Pergaulan dahulu terhad kepada rakan-rakan seperjuangan kini lebih berkembang kepada pergaulan pegawai atasan, pegawai senior, pegawai junior dan seterusnya kepada anggota lain-lain pangkat. 

Garisan permulaan Merentas Halangan Fit to Fight 
Rakan Pegawai di Pertandingan Futsal
Bersama-sama pegawai dan anggota semasa pertandingan Fit to Fight 10 KM


Sekian sahaja nukilan aku malam ini..semoga berjumpa lain kali, Insya-Allah.
P/s: Aku dan Cik Sayang are moving a step forward. Doakan kami :-)

Assalamualaikum.
First time dapat berjalan pi IOI Mall..jakun kami kejap..hahaha