Teman Seperjuangan

Tuesday, November 17, 2015

New Post after a Long Sleep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Setelah sekian lama terabai blog ni, malam ni akhirnya tangan ni tergatal nak menaip..hahaha, memang lama sangat aku tinggalkan blogging setelah aku datang ke Kuantan.

Kehidupan Kini

Aku masih lagi menetap di Kuantan, meneruskan tugas di sini setelah menamatkan kursus aku disini. Hampir 2 tahun aku bekerja disini. Memang banyak pengalaman dan cabaran aku hadapi selama aku di sini.


Bersama kawan-kawan semasa kursus di Kuantan
Glamour Night
Keluarga Besar WMKD-ian


Sepanjang berkhidmat di sini pelbagai pengalaman di dalam perkhidmatan aku pelajari. Ada juga kursus-kursus aku hadiri. Sepanjang itulah, pelbagai jenis ragam dan kelakuan manusia aku pelajari dan kenali.


Junior Officer Course di Pulau Pinang. Nice experience and new friends.


Sememangnya perkara menarik aku pelajari selepas berjaya menamatkan pengajian di UPNM dahulu. Pergaulan dahulu terhad kepada rakan-rakan seperjuangan kini lebih berkembang kepada pergaulan pegawai atasan, pegawai senior, pegawai junior dan seterusnya kepada anggota lain-lain pangkat. 

Garisan permulaan Merentas Halangan Fit to Fight 
Rakan Pegawai di Pertandingan Futsal
Bersama-sama pegawai dan anggota semasa pertandingan Fit to Fight 10 KM


Sekian sahaja nukilan aku malam ini..semoga berjumpa lain kali, Insya-Allah.
P/s: Aku dan Cik Sayang are moving a step forward. Doakan kami :-)

Assalamualaikum.
First time dapat berjalan pi IOI Mall..jakun kami kejap..hahaha

Monday, July 1, 2013

Kembara baru di negeri baru

Assalamualaikum...
Memang lama dah aku tak update blog ni kan.. dah berkulat, berhabuk dan kalo buleh diibaratkan dah macam rumah berhantu..silap xde effek hantu jer..hahaha..


Just nak cakap yang kini aku da hampir 4 bulan aku berkelana ke Kuantan.. sekarang aku dah melapor ke Pangkalan Udara Kuantan and aedang mengikuti kursus..
Hee..jangan ditanya apa kursusnya..

Kepada makcik..semoga jgn rindu2 kat saya sgt..saya sentiasa dekat walaupun saya kat sini..

Sekarang aku selesa duduk di sini..tapi kalau boleh aku nak makcik sayang ada jugak..hee..tapi xpe, nanti suatu masa akan tiba jugakk..

Rasanya cukup la kot..nanti aku sembang lagi...
Assalamualaikum

Aku di Bukit Panorama
P/s: badan aku dah naikk

Saturday, January 19, 2013

Last Sprint to the End

Assalamualaikum...

Ok,ni turn aku pulak nak menaip..
errr,kalau bab kahwin mcm makcik Aziz ckp tu,sori la makcik,maybe makcik kena tunggu lewat sikit ek,hahaha

Aku just nak cerita yang perjalanan kembara aku di UPNM hampir nak sampai ke penghujungnya. Sekarang aku banyak menumpukan perhatian kepada latihan kawad tauliah dan penganugerahan watikah. Dalam sedar tak sedar, dah hampir empat tahun aku belajar di sisni dan ini merupakan peak point sebelum selesai pembelajaran aku kat Sg Besi ni.

Banyak perkara dan pengalaman yang aku kutip sepanjang aku ada kat sini. Banyak moral value yang aku belajar secara sedar ataupun tidak. Semua itu nanti pasti akan menjadi kenangan dan pedoman aku bila aku memulakan langkah sebagai seorang yang berkerjaya.

Lastly, terima kasih kepada semua, especially buddy intake 2008 semuanya, Tuahian, lecturers, instructors dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak, yang terutama kepada MakCik Sayang( hahaha), yang selalu memberi sokongan, dorongan, inspirasi dan semua yang berkaitan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

2 Februari 2013, tarikh peralihan
- counting days-
Every Beginning has its End,
And Every End is a new Beginning

Assalamualaikum