Teman Seperjuangan

Saturday, October 13, 2012

Aku Sudah Bergraduat...

Assalamualaikum..
Harini aku pulak yang menulis..kesian Cik Sayang aku,aku asek dera dia suruh post jer..kali ni aku pulak..



Aku nak bercerita tentangKonvokesyen Ke 3 UPNM..aku sudah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah 4 tahun berhempas pulas..meh tengok kad jemputan yang family aku terima sempena konvokesyen aku tahun ini..hehehe



sebelum isitiadat konvokesyen berlangsung, ada 1 acara penting jugak pada sidang pertama iaitu Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor,bukan calang-calang ok.. Yang Dipertuan Agong smerupakan Canselor UPNM...ini juga antara kelebihan UPNM berbanding dengan universiti-universiti lain..

Istiadat Konvokesyen UPNM terbahagi kepada 2 sidang, sidang 1 pada 11 hb dan sidang kedua pada esoknya..aku pada sidang 1..so,aku taknak sembang panjang2,korang tengok-tengoklah wajah-wajah keceriaan kawan-kawan aku pada sidang 1 ni..

rakan-rakan seperjuangan

belakang aku tu Hanan, mangsa pembulian aku and rakan-rakan TSI

rakan seperjuangan Ijazah Sains Komputer
Pada pagi tu,mak dan ayah aku dah sampai awal kat Dewan Tun Templer,aku yang masih bersiap tergesa-gesa nak pi berjumpa dengan depa..depa boleh sampai tak habaq mai kat aku dulu..hahaha..

Apapun aku sempat bergambar dengan mereka..memang sepadan sungguh mereka, berpakaian sedondon warna ungu..terasa sebak jugak sebab banyak yang mereka sudah habiskan semata-mata nak melihat anak mereka ini naik ke atas pentas menerima ijazah..huhuhu...

aku diapit bersama kedua ibu bapa yang tersayang


aku bersama ibu tercinta
Acara bermula pada pukul 9 pagi dengan istiadat pemasyhuran Tuanku Canselor, namun begitu, Tuanku Yang Di-Pertuan Agong tidak bersama kami sepanjang istiadat konvokesyen sebab Baginda mempunyai urusan lain. Tugas beliau dipangku oleh Pro-Canselor iaitu YTM Tunku Panglima Besar Kedah
Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, anakanda kepada Yang Di-Pertuan Agong..satu kebanggan jugak wehhhh...


Tuanku Canselor, Yang Di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu‘tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu‘adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tunku Pro-Canselor ,YTM Tunku Panglima Besar Kedah
Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
istiadat Konvokesyen bermula lebih kurang pukul 11 pagi..memang time tu rase berdebar dah ada..bila  sampai pada Fakulti Sains dan Teknologi untuk mengambil skrol..Ammar dgn Sacol blh buat lawak pulak..boleh pulak diorang tertinggal barcode kat kerusi..susunan terus berubah,aku yang sepatutnya orang yang kelima ambil terus dianjak ke orang ketiga..apabila nama aku diumumkan,terasa kembang dadaku and terasa bertuah sebab aku berjaya menghabiskan pengajian aku kat sini, lebih membanggakan lagi apabila Tunku Pro-Canselor mengucapkan tahniah kepada aku dan semua rakan-rakan..terasa kelu dan gamam mendapat penghargaan sebegini..

Upacara berakhir lebih kurang pukul 1 ptg..sebelum aku keluar meninggalkan dewan,aku terjumpa 1 tokoh yang sangat aku hormati dan kagumi...walaupun aku tahu beliau bersama-sama kami pada majlis ini,tapi terjumap dengan beliau live memang aku x jangkakan langsung..so,aku pun tangkap la gambar beliau..tp dengan izin Allah, ada seorang lelaki dengan bermurah hati ambil kamera aku dan menyuruh aku bergambar bersama-sama..so,dengan tidak berlengah,aku berjumpa dengan beliau dan mempelawa bergambar bersama,beliau dengan senang hati bersetuju dan kerap memberikan ucapan tahniah dan kata-kata perangsang..beliau yang dimaksudkan ialah Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada mantan PM, Tun Dr Mahathir

pengalaman berharga sempena konvokesyen,terima kasih Tun!!
inilah hadiah yang dapat aku berika kepada kedua ibubapaku yang telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik aku dan adik-adik aku..aku juga berharap kejayaan aku menjadi pendorong kepada adik-adikku supaya lebih berjaya dari aku sekarang.. kepada guru-guru SK Raja Di-Hilir Ekram, SMK Kg Pasir Puteh..terima kasih sebab telah mencurahkan ilmu kepada aku..terima kasih skerana pernah memarahi,memukul aku..kerana dengan inilah aku berjaya sampai sekarang..kepada pensyarah UPNM,terima kasih juga aku ucapkan..rakan-rakan yang banyak membantu,jasa kalian aku akan kenang sampai bila-bila..terima kasih semua...

setelah selesai istiadat konvokesyen

aku bersama keluarga
senyumanmu membahagiakan ku, terima kasih ayah


Aku berharap aku mampu untuk membahagiakan ibu bapaku..kepada ibu, terima kasih,ayah, terima kasih yang mampu aku berikan..

P/s: tak lupa kepada Cik Sayang, terima kasih sebab banyak membantu dan menyokong..harap kejayaan ini boleh membanggakan awak...
ni semasa raptai full konvo



Sunday, October 7, 2012

Assalamualaikum...
hehe...sowi..tersgt la lambt....hoho...lme xtulis kat cni..
okeii.... :D
tahniah..! next week awk da konvo...
n jgn lupa pic k..
haha.. arini sy p kuantan...so.. niyh je sy ade dok awk... :)