Teman Seperjuangan

Friday, June 15, 2012

Sehelai Surat Cinta II

Assalamualaikum,
Kehadapan awak yang saya sayangi,


Terima kasih kerana awak sudi menulis kembali nota kecil kepada saya..
Saya amat menghargai nota ringkas awak itu..
Setiap masa saya tatap,renung dan baca nota itu.
Dan selalunya saya akan tersenyum sendiri apabila membaca nota yang awak bagi sehinggakan rakan-rakan saya bertanya kenapa saya asyik tersenyum sendiri.


Awak, terima kasih sebab memberi sahutan kepada hasrat saya. Sungguh,saya sangat terharu dan tergamam sebab awak menyimpan perasaan yang sama seperti saya. maknanya saya tak bertepuk sebelah tangan selama ini..


Awak, memang kita akan berjauhan nanti, tapi saya harap agar kita tak berjauhan hati nanti. Biar kita berjauhan tempat, tapi hati kita sentiasa dekat bersama


Saya sudah kehabisan idea untuk bercakap lagi,sebab seperti biasa apabila bercakap, berbual dengan awak, mesti terasa kelu, gamam walaupun sebenarnya banyak yang ingin dizahirkan dari hati saya ini. Apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada awak sebab sudi meneriam saya walaupun saya ini banyak kekurangan.

Sebelum mengakhirkan kata, saya teringat rangkap lirik lagu 'Meniti Suratan' dari kumpulan May. Carilah lagu ini dan dengar lah.

"Inginku bawamu
Bersama hasratku
Meniti suratan
Agar kenal kebahagiaan

Takdir kita kasih

Tuhan menentukan
Serah keimanan
Pasti sinar kebahagiaan"


 Sekian, saya berharap agar kita dapat berjumpa sebelum saya pergi jauh buat seketika. Dan saya berharap agar awak sentiasa sihat sentiasa dan sentiasa gembira. Saya akan selalu mendoakan awak.. Akhir kata, saya sentiasa menyayangi awak.

Seperti biasa, sekuntum bunga ros untuk awak, harap awak menyukai ros warna putih ini.. :-)
 

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment