Assalamualaikum..
Kehadapan awak yang sangat saya sayangi dan cintai,
Tujuan saya menulis surat ini adalah bertujuan untuk menyatakan dan meluahkan perasaan saya kepada awak. Sesungguhnya saya mahu menyatakan perasaan saya kepada awak melalui cara berhadapan, tapi apabila saya berhadapan dengan awak, lidah saya terkelu, kaku dan gamam. Dan selalunya apabila berhadapan dengan awak, hati saya berdebar-debar dan pada akhirnya, apa yang ingin saya sampaikan hanya mampu terluah di dalam hati..
Saya tidak pandai untuk menjadi romantik, seperti mana pasangan-pasangan lain kat luar sana. Saya juga tidak pandai untuk mengarang syair-syair indah yang boleh didendangkan bila awak bersedih. Saya cuma saya. Seorang yang biasa, yang tiada kelebihan, tapi saya boleh jamin kepada awak, saya akan menjaga awak seperti seorang wanita yang mendapat tempat sebagai seorang ratu di singgahsananya. Minta maaf, mungkin kenyataan sangat berbeza dari khayalan, tapi saya akan berusaha untuk membahagiakan awak, walaupun saya tidak pasti perasaan saya ini akan berbalas ataupun tidak.
Saya sudah tidak tahu apa lagi yang ingin saya ucapkan kepada awak. Saya berharap agar awak sudi menerima saya sebagai pasangan awak. Sekiranya permintaan saya ditolak, tidak mengapa, saya akan berdoa agar awak berjaya menemui lelaki yang terbaik kepada awak. Dan saya ingin meminta maaf sekiranya surat ini menggangu perasaan awak.
Akhir sekali, saya ingin sekali mengatakan kepada awak yang saya sebenarnya amat menyayangi dan mencintai awak.
p/s: Sekiranya saya tidak bertepuk sebelah tangan, maka sudi-sudikan lah awak membalas surat ini, walaupun dengan hanya cebisan kertas :-)
Sekuntum bunga ros untuk awak tanda sayang saya kepada awak. Harap awak sudi menerimanya
Assalamualaikum...
Okay,cukup untuk setakat ini,amacam? hebat ke tak?
hahaha..cubaan pertama di kala Final Exam..
No comments:
Post a Comment